Tuesday 1 July 2014

Pengakhiran Sebuah Kisah Cinta


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan satu kekuatan dalam jiwa.. dengan satu tekad dalam hati.. Cik Az kuatkan semangat untuk menulis di sini.. Satu kepayahan yang tak dapat Cik Az ungkap dengan kata-kata.. Hanya jejari ini yang mampu menzahirkan isi hati ini..

28 May 2014

Cik Az dan Zhie telah bertemu buat kali terakhir di Port Dickson.. Berat hati Cik Az untuk melepaskan dia pergi.. Namun apakan daya.. Jodoh kami hanya sampai di situ sahaja.. Tak guna lagi Cik Az nak merayu menangis kerana semuanya telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.. Cik Az redha dan terima dengan hati yang rela... Pada saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.. 2 tahun Cik Az pertahankan hubungan kami.. walaupun pelbagai dugaan dah Cik Az lalui bersama Zhie.. Namun, seperti yang Cik Az katakan tadi.. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan segalanya. Cik Az tidak kesali apa yang terjadi cuma Cik Az sedih.. Kenapa Cik Az seringkali dipermainkan oleh insan yang bernama lelaki ? Cik Az ingatkan cukup A*** seorang yang sakiti Cik Az.. Rupanya Zhie pun buat Cik Az macam tu ! Takpelah.. Cik Az terima semuanya..


24 June 2014

Zhizie selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Okey, itu sahaja yang Cik Az nak sampaikan.
Mungkin Nurul Asyikin lebih membahagiakan Zhie... bukan Cik Az...


Cik Az kuat !! Ye... Cik Az kuat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment